Sunday, February 5, 2012

Kutipan dari buku Asas asas Islam..Abu’l A’la Al-Maududi

MAKNA IMAN


Apa yang kami sebut tadi dengan istilah ilmu, pengenalan dan yakin itulah dia “iman” itulah dia

makna perkataan “iman” itu sendiri. Setiap orang yang mengenal keMaha Esaan Allah, sifat-sifatNya

yang hakiki, undang-undangNya dan pembalasanNya kepada hamba-hambaNya pada Hari Qiamat

berkenaan dengan perbuatan mereka, kemudian diyakininya semua itu, dan keyakinannya itu tumbuh

dan keputusan dirinya sendiri, itulah dia orang yang “mu’min” Sebahagian daripada natijah iman itu

hendaklah manusia itu muslim, ertinya ta’at kepada Allah dan mengikuti undang undangNya.

Boleh jadi dan keterangan ini anda mengenal sendiri bahawa manusia itu tidak mungkin

menjadi seorang muslim melainkan apabila ia mu’min. Maka hubungan Iman dengan Islam adalah

seperti hubungan benih dengan pohon. Bahawa sebatang pokok tidak akan tumbuh melainkan dengan

adanya benih. Meskipun boleh terjadi benih yang diletakkan di tanah tidak menumbuhkan pokok.

Atau ia tumbuh juga tetapi mempunyal cacat, yang bolehjadi disebabkan oleh tanahnya gersang atau

oleh sesuatu kekurangan pada udara. Demikian jugalah tidak mungkin seorang manusia itu menjadi

muslim apabila dalam hatinya tiada iman. Meskipun mungkin ada iman dalam hatinya tetapi islamnya

tidak sempuma, yang disebabkan oleh kelemahan tekadnya, atau kerana sesuatu kekurangan di dalam

pelajaran dan pendidikannya, atau kerana akibat keadaannya.

Jika anda memaklumi ini ketahuilah bahawa dengan memperhatikan dua pokok ini: Iman dan

Islam, manusia itu dapat digolongkan ke dalam empat peringkat:

(1) Mereka yang beriman kepada Allah, yang imannya mendorongnya untuk menjadi orang yang

menta’ati Allah, mengikuti hukum-hukumNya dengan sempurna. Mereka menjauhi setiap pekerjaan

yang ditegah Allah, seperti manusia menjauhi menggenggam batu panas neraka dalam tangannya.

Mereka bersegera mengerjakan amal yang diredhai Allah, sebagaimana manusia bersegera untuk

mencari harta. Mereka itulah orang yang mu’min sebenarnya.

(2) Méreka yang beriman kepada Allah, tetapi imannya tidak menjadikan mereka ta’at kepadaNya dan

tidak mendorong mereka mengikuti hukum-hukumNya dengan sempuma. Mereka ini, meskipun

imannya tidak sampai kepada peringkat sempurna, tetapi mereka adalah muslim dalam setiap

keadaannya. Mereka akan disiksa sebanyak maksiat yang mereka lakukan. Mereka ditempatkan di

tempat orang berdosa, dan tidak di tempat pemberontak yang murtad, kerana mereka mengakui

kerajaan Tuhan dan mengaku tunduk kepada undang-undangNya.

(3) Mereka yang tidak beriman kepada Allah, tetapi mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang

menyerupai perbuatan muslimin. Mereka ini pada hakikatnya adalah pemberontak. Adapun perbuatan

mereka yang kelihatan shalih pada zahirnya itu, bukanlah ta’at kepada Allah, dan bukan kerana

mengikut undang-undangNya. Perbuatan Sepertj itu tidak masuk perkiraan. Mereka ini seakan-akan

seorang tokoh yang tidak mengi’tiraf kerajaan seorang raja dan tidak tunduk kepada undangundangnya.

Apabila terbit daripadanya perbuatan yang tidak menyalahi undang-undang raja itu,

tidaklah bererti bahawa ianya berpuashati dengan raja itu dan mematuhi undang-undangnya,

melainkan ia adalah seorang yang melawan perintahnya, yang keluar dan pada undang-undangnya.

(4) Mereka yang tidak beriman kepada Allah, juga mengerjakan perbuatan jahat yang berlawanan

dengan hukum dan undang-undangNya. Mereka ini adalah sejahat jahat manusia, pemberontak yang

menimbulkan kebinasaan.

Nyata danipada pembahagian ini bahawa iman itulah yang menyampaikan manusia kepada

kejayaannya dan kebahagiaannya di dunia dan di akhirat. Islam tidak akan lahir — sempurna atau

cacat — melainkan dan benih iman. Apabila tidak ada iman, maka kufur akan tumbuh. Kufur adalah

lawan Islam, ertinya: keluar danipada perintah Allah dengan peringkat yang berlainan

No comments:

Post a Comment

Pages

Panduan haji