Thursday, March 24, 2011

Bulan terbelah dua



http://Dahlah.blogspot.com
http://kedahan.blogspot.com

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop yang mendapati terdapat garisan rekahan yang terdapat pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Ini membuktikan mukjizat yang telah berlaku kepada Rasululah SAW seperti yang tercatat dalam al-Quran, Ayat 1-2 Surah -Qamar adalah BENAR.


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah)
melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
ayat 1-2 Surah al-Qamar





عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِقَّتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا

Dari Abdullah bin Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW bersabda, saksikanlah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ فِرْقَةً فَوْقَ الْجَبَلِ وَفِرْقَةً دُونَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا

Dari Ibnu Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW, sebahagiannya di atas gunung dan sebahagiannya di tempat lain, lalu Rasulullah SAW bersabda, perhatikanlah. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah SAW. Hadis riwayat Ahmad.

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ

Dari Muhammad bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. Hadis riwayat Tarmizi.

Terdapat byk kitab yang menceritakan kisah bulan terbelah dua selain drp Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Di antaranya ialah ;

1 المستدرك على الصحيحين للحاكم
2 السنن الكبرى للنسـائي
3 فتح البارى لابن حجر
4 صحيح ابن حبان
5 المعجم الكبيرللطبراني
6 تحفة الأحواذي
6 البداية والنهاية
7 الديباج على مسلم
8 دلائل النبوة للبيهقي
9 عيون الأثر
10 تاريخ الإسلام للذهبي
11 سبل الهدى والرشاد
12 السيرة النبوية لابن كثير

Abu Nu'aim dalam kitabnya, Tanda-tanda Kenabian (دلائل النبوة ), telah menceritakan bahawa kaum musyrikin telah berjumpa dgn Rasulullah SAW, di antara mereka ialah al-Walid bin Mughairah, Abu Jahal bin Hisyam, Al-As bin Wail, Al-Aswad bin Muthalib, an-Nadhru bin al-Harith. Tujuan kedatangan mereka ialah untuk menguji kenabian Rasulullah SAW. Mereka berkata kepada Rasulullah SAW, ""Jika kamu seorang yang benar ( seorg nabi yng diutuskan oleh Allah) belahkan bulan kepada dua bahgian" Lalu Rasulullah SAW berdoa kepada Allah, dan doa beliau telah dimakbulkan, maka bulanpun terbelah dua. Lalu Rasulullah SAW bersabda , saksikanlah iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat dan risalah kenabian Rasulullah SAW.


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. ayat 1-2 Surah al-Qamar

Menurut Imam at-Thabari dalam tafsirnya, ketika menafsirkan ayat 1 - 2 surah al-Qamar di atas, menjelaskan bahawa peristiwa terbelahnya bulan telah terjadi ketika zaman Rasulullah SAW ketika beliau masih berada di Makkah iaitu sebelum peristiwa hijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut berlaku ketika musyrikin Makkah meminta bukti kenabian baginda, maka Rasulullah SAW telah mendatangkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sebagai tanda dan hujjah betapa benarnya bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah. Malangnya, apabila dibentangkan kepada mereka bukti dan tanda yang jelas, mereka tetap berpaling, menolaknya serta tidak mempercayainya... Malah dikatakan pula, ini semua adalah sihir semata-mata, Muhammad telah meyihir mereka !!!

Seterusnya Abu Nu'aim (دلائل النبوة ) menjelaskan bahawa kafir Makkah mengatakan semua ini adalah sihir semata-mata dan mereka mencadangkan supaya ditanya kepada kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Makkah, adakah mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah. Jika sekiranya mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah, maka Muhammad di pihak yang benar (bukan sihir). Apabila kafilah tersebut sampai di Makkah, mereka berkata bahawa kesemua mereka nampak bulan telah terbelah dua. Jelaslah, memang bulan telah terbelah dua... bukannya sihir Muhamad, tambahan pula, Muhammad takkan mampu menyihir seluruh pandangan manusia (di Makkah dan luar Makkah).

Penyakit akibat kelucahan dan maksiat

http://dahlah.blogspot.com
http://kedahan.blogspot.com


Bakteria Aerosol

sel darah Putih

Gambarajah 5

Profesor T.V.N. Persaud: “Saya tiada masalah untuk menerima hakikat bahawa ini ialah satu ilham dari Tuhan atau wahyu yang membuatkan dia (baginda sallallahu’alaihiwasallam- pent) menyatakan sesuatu.

Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persuad, Profesor Kajian Tubuh-manusia, Profesor Kesihatan Kanak-kanak, dan Profesor bahagian ‘Obstetrics, Gynecology, and Reproductive Science’ (Kajian sakit-puan dan sains pembiakan) di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di institusi itu beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia sejak 16 tahun yang lalu. Profesor Keith Moore yang telah memperkenalkannya kepada kami kerana dia percaya ada ahli-ahli sains yang berfikiran terbuka dan sedang mencari kebenaran. Profesor Persaud ialah salah seorang dari mereka. Beliau amat terkenal di bidangnya dan sudah menulis atau menyunting 22 buah buku teks dan telah menulis lebih daripada 181 penulisan saintifik. Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah ‘J.C.B. Award’ daripada Persatuan Pengkaji Tubuh-manusia (‘Anatomist’) Kanada. Di dalam buku-bukunya, beliau telah memasukkan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang beliau telah bincangkan di beberapa persidangan. Berikut ialah salah satu daripada Hadis yang dikaji beliau:



“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” [Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar].

Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari (Tidak ditunjukkan- peng), yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya menunjukkan janin yang sama ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita tidak dapat camkan bentuk manusia. Kita boleh lihat gambarajah ini, diambil dengan menggunakan CIBA, menunjukkan janin di hari ke-42 (Lihat gambarajah 5.1). Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (Lihat gambarajah 5.2). Hadis Nabi s.a.w. berbunyi (maksudnya):

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang....”





Embrio Manusia pada minggu yang ke 7

Gambarajah 5.1



Peringkat-peringkat perkembangan wajah manusia (dalam hari)

Gambarajah 5.2

Dr. Persaud telah memberikan banyak ceramah mengenai kaitan di antara Al-Qur’an dan Hadis dengan sains moden. Berikut ialah satu lagi Hadis yang telah dikaji oleh Profesor Persaud dan beliau telah menjadikannya sebagai satu daripada bahan ceramahnya:

“Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” [Ibn. Maajah, Al-Hakim]

Mari kita dengar huraian Profesor Persaud mengenai Hadis ini:

“Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam ‘uterus cervix’ (rahim) berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan kelamin, dan bilangan pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit telah menunjukkan hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan berlakunya masalah penyakit rahim ‘cervical carcinoma’. Akibat dan bahaya hubungan seks rambang dan hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di dalam Hadis ini sejak 1400 tahun dahulu. Perkataan amalan lucah ini mencakupi perzinaan, hubungan seks rambang, dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan AIDS ialah contoh-contoh penyakit-penyakit baru yang tiada penawarnya.

Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut kerana hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah berkembang dan menjadi satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat. Hanya beberapa tahun selepas revolusi seksual penyakit-peyakit yang dinyatakan Profesor Persaud merebak dan sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk dewasa ini. Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS (Lihat gambarajah 5.31) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit yang tidak ujud sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang risau kalau-kalau mereka telah dijangkiti virusnya.





Pengimbas Elektron Mikrograf (SEM) pada suatu permukaan T-Lymphocyte (merah muda) dijangkiti dengan kuman HIV

Gambarajah 5.31

Kepada Profesor Persaud, kami mengucapkan terimakasih diatas usaha beliau. Apabila kami bertanya pendapat beliau mengenai satu fenomena yang beliau sendiri amat arif mengenainya dan pernah mengkajinya, beliau berkata:


Bagi saya, Muhammad s.a.w. ialah seorang manusia biasa. Baginda s.a.w. tidak boleh membaca mahupun menulis. Malahan beliau seorang yang buta-huruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun yang lalu, dan terdapat seorang manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan (sabda-pent) sesuatu yang amat bertepatan dengan sains. Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan, kerana terlalu banyak perkara yang tepat, dan seperti Dr. Moore, tidak sukar untuk saya menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan ataupun suatu wahyu yang membuatkan baginda s.a.w. (sabda-pent) sedemikian.

Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah subhanahuwataala turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Allah subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:

“(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Qur’an yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Qur’an ini)” [Maksud Al-Qur’an Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166].

Kitab ini, Al-Qur’an, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu Kebenaran yang terbukti dan akan kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat.



Monday, March 21, 2011

Sifat suka melihat keburukan oang

Sikap berprasangka buruk dan mencari-cari kesalahan orang lain



Firman Allah: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُو ا }

“Hai orang-orang yang beriman jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.

Dalam ayat yang mulia ini perintah untuk menjauhi kebanyakan dari berprasangka, kerana sebahagiannya adalah dosa, dan larangan dari mencari-cari kesalahan orang lain, iaitu mencungkil-cungkil tentang keburukan orang lain, hal itu terjadi adalah akibat dari berburuk sangka.

Rasulullah S.a.w bersabda:

((إِيَّاكُمْ وَالظَنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابَرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً)).

“Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang keburukan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara” (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563).

Berkata Amirul Mukminiin Umar bin Khatab: “Janganlah kamu menyangka terhadap sebuah perkataan yang keluar dari mulut saudaramu yang beriman kecuali terhadap hal yang baik, sa’at engkau dapat untuk membawanya ke arah yang baik”. (disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam mentafsirkan surat Al Hujurat).

Berkata Bakar bin Abdullah Al Muzany, sebagaimana yang terdapat dalam biografinya dalam kitab “Attahzibut Tahziib”: Hati-hatilah kamu terhadap perkataan sekali pun kamu benar dalamnya kamu tidak diberi pahala, dan jika kamu tersalah kamu memikul dosa, iaitu berburuk sangka terhadap saudaramu”.

Berkata Abu Qilabah Abdullah bin Zaid Al Jurmy sebagaimana dalam kitab “Al Hilyah” karangan Abu Nu’aim (2/285): “Bila sampai kepadamu sesuatu yang kamu benci dari saudaramu, maka berusahalah untuk mencarikan alasan untuknya, jika kamu tidak menemukan alasan untuknya, maka katakanlah dalam hatimu: mungkin saja saudaraku punya alasan yang aku tidak mengetahuinya”.

Berkata Sufyan bin Husain: “Aku menyebut keburukan seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyah, maka ia menatap muka ku, dan berkata: apakah engkau ikut berperang melawan Romawi?, aku jawab: tidak, ia bertanya lagi melawan Sanad, India, dan Turki, aku jawab: tidak, ia berkata lagi: apakah merasa aman darimu Romawi, Sanad, India dan Turki, namun saudaramu sesama muslim tidak merasa aman darimu, berkata Sufyan bin Husain: aku tidak mengulanginya lagi sesudah itu”. (lihat Al Bidayah wan Nihayah karangan Ibnu Katsir (13/121).

Alangkah bagusnya jawaban dari Iyas bin Mu’awiyah tersebut yang sangat terkenal dengan kecerdasannya, jawapan di atas adalah salah satu bukti dari kecerdasannya.

Berkata Abu Hatim bin Hibban Al Busty dalam kitabnya Raudhatul ‘Uqola’, halaman (131) : “Keharusan bagi orang yang punya akal untuk tetap berada dalam keadaan selamat dari mencari-cari tentang keburukan (‘aib) orang lain, hendaklah ia sibuk memperbaiki keburukan dirinya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukannya sendiri dari pada mencari keburukan orang lain, badannya akan tenteram dan jiwanya akan tenang, maka setiap ia melihat keburukan dirinya, maka akan semakin hina di hadapannya apabila ia melihat keburukan tersebut pada saudaranya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukan orang lain dari memperhatikan keburukan dirinya, hatinya akan buta, badannya akan letih, dan akan sulit baginya untuk meninggalkan keburukan dirinya sendiri”.

Ia (Ibnu Hibban berkata lagi) masih dalam kitab tersebut, halaman (133): “Mencari-cari keburukan orang lain adalah salah satu cabang dari sifat kemunafikan, sebagaimana berbaik sangka adalah salah satu dari cabang keimanan, orang berakal sihat selalu berbaik sangka dengan saudaranya, dan menyendiri dengan kesusahan dan kesedihannya, orang yang jahil (tolol) selalu berburuk sangka dengan saudaranya, dan tidak mahu berfikir tentang kesalahan dan penderitaannya

Pages

Panduan haji