Sunday, May 15, 2011

Surah Al Luqman








Tafsir Surah Luqman ( 31: 1-34 )


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Alif, Laam, Miim.

2. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh,

3. Menjadi hidayat petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik

4. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta mereka yakin tentang adanya hari akhirat.

5. Mereka itulah yang tetap mendapat hidayat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

6. Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

7. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, berpalinglah dia dengan angkuhnya, seolah-olah ada penyumbat pada kedua telinganya; maka gembirakanlah dia dengan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

8. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang penuh dengan berbagai nikmat;

9. Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah (janji yang tetap benar) dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

10. Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

11. Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

12. Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau dengan fikiran sihatmu tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.

17. Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

18. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

19. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

20. Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nikmatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

21. Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Mereka menjawab: (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek kami melakukannya. Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api Neraka yang marak menjulang?

22. Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

23. Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

24. Kami akan berikan mereka menikmati kesenangan bagi sementara (di dunia), kemudian Kami akan memaksa mereka (dengan menyeretnya) ke dalam azab yang amat berat.

25. Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

26. Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

27. Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

28. (Bagi Allah Yang Maha Kuasa) soal menciptakan kamu semua (dari tiada kepada ada) dan soal membangkitkan kamu hidup semula sesudah mati, tidak ada apa-apa sukarnya, hanyalah seperti (mencipta dan menghidupkan semula) seorang manusia sahaja. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

29. Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti) dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)? Tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

30. Bersifatnya Allah dengan penuh kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah Dialah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah adalah palsu belaka dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Dialah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

31. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur.

32. Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya) dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.

33. Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.

34. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. ۞
Firman Allah SWT  pada surah Luqman 13-19 dulu. Kali ini mari kita mengenali siapa Luqman Al Hakim itu. Dipetik dari Ibnu ‘Abbas katanya: “Luqman bukanlah seorang nabi mahu pun raja tetapi beliau hanyalah seorang pengembala ternakan yang berkulit hitam. Lalu Allah telah memerdekakannya dan sesungguhnya Dia redha dengan segala kata-kata dan wasiat Luqman. Maka kerana itu, kisah ini diceritakan di dalam AI-Qur’an agar kita semua dapat mengambil pedoman dan berpegang dengan wasiat-wasiatnya.”
Ibnu Kathir berkata: ‘Ulama’ salaf berselisih pendapat tentang diri Luqman; adakah dia seorang nabi atau pun seorang hamba yang soleh tanpa taraf kenabian? Di antara dua pendapat ini, kebanyakan mereka berpegang dengan pendapat yang kedua.’
Beliau berkata lagi: “Yang masyhur di kalangan Jumhur ulama’ ialah Luqman AI-Hakim; adalah seorang yang bijaksana bertaraf wali dan bukannya seorang nabi. Bukan sedikit ulama’  yang menyatakan tentang perkara ini. Di an tara para ulama’ tersebut ialah seperti Mujahid, Sa’id bin AI-Musayyab dan Ibnu Abbas. Wallahu A’lam.”
Ibnu Kathir ada menyebutkan di dalam kitab sejarahnya: “Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.” Diceritakan dari As­ Suhaili, dari Ibnu Jarir dan AI-Qutaibi: “Beliau ialah Luqman bin Tharan”
Dikatakan bahawa beliau ialah anak kepada AI- Baura’. Ibnu Ishaq ada menyebutkan beliau ialah Luqman bin AI Baura’ bin Tarikh iaitu Aazar Abu Ibrahim AI-Khalil.
Wahab berkata: “Beliau adalah anak saudara perempuan Nabi Ayyub a.s.” Menurut Muqatil pula: “Beliau adalah sepupu Nabi Ayyub a.s.”
Dikatakan, beliau adalah dari kalangan anak Aazar dan telah hidup selama seribu tahun. Sempat hidup bersama .dengan Nabi Daud a.s dan mengambil ilmu darinya. Luqman telah mengeluarkan fatwa sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan dan setelah baginda nabi Daud as diutus kepada umat, beliau berhenti dari mengeluarkan fatwanya lagi. Ibnu Kathir berkata: “Dikatakan, beliau , adalah seorang Qadhi di zaman Nabi Daud a.s. Wallahu A’lam.”
AI-Allahamah AI-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.” Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat, adakah beliau seorang yang merdeka atau seorang hamba ? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi”
Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki dari kalangan bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikannya harta.”
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., dia telah berkata: Rasullullah s.a.w. pernah bersabda:
“Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? “Mereka pun menjawab: “Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu.” Baginda bersabda: “Dia adalah seorang Habsyi.” Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang habsyi, adalah dari lbnu Abbas dan Mujahid.
As-Suhaili berkata: “Luqman adalah Naubah dari penduduk Ielah ( Sebuah bandar di tepi laut merah )” Demikian juga dipetik oleh Qatadah, dari Abdullah bin Az-Zubair: Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: “Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu tentang perihal diri Luqman? “J abir menjawab: “Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.” lanya juga sebagaimana yang disebutkan dari Sa’id bin AI­ Musayyab, katanya: “Luqman adalah dari Sudan, Mesir.”
AI-Hassan AI-Basri pula berkata: “Luqman telah membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu, tempat tersebut masih lagi belum dibangunkan. Dia berada di sana sehinggalah Ian jut usianya dan meninggal dunia.”
Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini.Di tempat tersebut terdapat 70 kubur nabi-nabi  sebelum Luqman.
Dilaporkan, bahawa Luqman adalah seorang mufti sebelum Nabi Daud a.s dibangkitkan. Apabila baginda diutuskan kepada umatnya, Luqman berhenti dari memberikan fatwa. Ada orang bertanyakan; padanya tentang hal itu lalu dia pun berkata: “Adakah aku tidak mahu berhenti apabila aku telah merasa cukup?!! “
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Mujahid: “Beliau adalah seorang Qadhi di kalangan kaum bani Israil di zaman Nabi Daud a.s”
Demikian  putra putri ku ayahnda perkenalkan siapa itu Luqmanal Hakim. Tidak kira siapapun dia, yang penting beliau adalah seorang yang mempunyai hikmah kebijaksanaan. Kata-katanya diberkati Allah dan dirakamkan didalam Al Quran.
Maklumat di atas ayahnda petik secara terpisah-pisah dari tulisan Muhammad Khair Ramadhan Yusuf dalam bukunya Lukman al Hakim

Wednesday, May 11, 2011

Kutipan Batu untuk Jamrah

Soalan 1: Beberapa Permasalahan Mengenai Ibadat Haji: Mengutip Batu Dan Melontar Jamrah

Dengan segala hormatnya sukacita kaola memaklumkan bahawa Jabatan Yrusan Haji terlah menerima pertanyaan-pertanyaan daripada orang ramai yang terdidi daripada kalangan baka-bakal jemaah haji mahupun yang sudah haji semasa kursus ibadah haji yang sedang berjalan ketika ini tentang beberapa permasalahan mengenai ibadah haji khususnya ketika berada di Tanah Suci Makkah. Daripada beberapa permasalahan yang telah ditimbulkan itu terdapat sedikit keraguan berhubung soal hukum dalam masalah berikut:

1. Apakah hukum mengutip anak batu di tempat-tempat lain selain daripada Muzdalifah?

Persoalan ini timbul disebabkan adanya kekhuatiran jemaah haji terhadap pemandu-pemandu bas yang membawa jemaah haji tidak berhenti di Muzdhalifah dan terus masuk ke Mina. Oleh itu ada jemaah yang mengutip batu di ‘Arafah dan Mina.

2. Melontar ketiga-tiga Jamrah di hari-hari Tasyriq pada lontaran yang bukan qadha, bolehkah ianya dilakukan oleh jemaah haji pada sebelah pagi sebelum pagi sebelum tergelincir matahari, khususnya pada jemaah yang melakukan nafar awwal dan juga pada 13 Zulhijjah.

Sebagaimana yang selalu diamalkan oleh jemaah haji Negara Brunei Darussalam, watu melontar ketiga-tiga jamrah di hari-hari tasyriq ialah mulai daripada tergelincir matahari sehingga masuk matahari.

Demikian dihadapkan dua persoalan yang dinyatakan di atas bagi mendapatkan fatwa/hukum serta ketetapan mengenainya.

Jawapan:

الحمد لله الفتاح الوهاب الهادى إلىى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين، وبعد



1. Pada dasarnya tempat mengutip batu untuk keperluan melontar jamrah yang diperkatakan oleh ulama-ulama fiqh mazhab asy-Safike ada dua: tanah haram dan tanah halal. Tanah Haram merangkumi: Muzdalifah, Wadi Muhassar, kawasan kota Mina, kawasan jamrah dan lobang jamrah, serta mana-mana kawasan tanah haram seperti kota Makkah. Manakala tanah halal ialah seluruh kawasan yang berada diluar kawasan tanah haram seperti Padang ‘Arafah, Jeddah dan Brunei Darussalam.

Jika yang diambil kira itu ialah hukum dan afdhaliyyah (keutamaan) melontar, maka caranya adalah seperti berikut:

Sunat:

I. Sunat diamabil di kawasan Muzdalifah untuk lontaran ke jamrah ‘Aqabah sahaja pada Hari Raya (10 Zulhijjah).

Hukum sunat ini berdasarkan hadis:

أن النبي صلى الله عليه وسلم أمر ابن عباس رضي الله عنهما أن يأخذ الحصى من مزدلفة

( رواه ابن عدي وأحمد والحاكم والنسائي)

Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma mengambil anak-anak batu di Muzdalifah.”

(Hadis riwayat Ibnu ‘Adi, Imam Ahmad, al-Hakim dan an-Nasa’i)

II. Sunat diambil di kawasan Wadi Muhassar (yang terletak di antara Muzdalifah dan Mina) atau mana-mana tempat di Kota Mina (termasuk kawasan Jamrah) untuk lontaran ketiga-tiga jamrah pada hari-hari Tasyriq.

Makruh:

I. Makruh diambil dari lobang jamrah atau dari kawasan luar tanah haram seperti padang ‘Arafah, Jeddah dan Brunei Darussalam, dari mana-mana masjid atau dari kawasan najis.

II. Makruh melontarkan batu bernajis

Harus:
I. Tetapi jika yang diambil kira itu ialah tentang sah atau tidaknya lontaran, maka anak-anak batu yang diambil daripada mana-mana tempat tersebut untuk dijadikan batu lontaran ke mana-man jamrah adalah boleh dan lontaran sah serta memadai.

Syeikh Muhammad Thahir bin Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki dalam kitabnya Irsyad az-Zumar li Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah ‘ala Madzhab al-Imam asy-Syafi’e Rahimahullah Ta’ala ‘anhu berkata:

ويسن أن يكون الحجر بقدر حبة الفول، فلو رمى بأكبر منها أو أصغر كره وأجزاءه، وأن يكون طاهرا، فلو رمى بمتنجس كره وأجزاءه، ويسن غسله إن شك فى طهارته، وأن يأخذ حصى جمرة العقبة ليوم النحر من مزدلفة وهى سبع حصيات. وأما الباقى فيؤخذ من وادى محسر، أو من منى فتحصل السنة الأخذ من كل منهما. ويجوز أخذه من أي موضع، لكن يمره أخذه من الحل أو من المرمى أو من المسجد، أو من موضع النجس، ولو رمى بشئ من ذلك أجزاءه.


Ertinya: “Dan sunat batu itu besar kacang fl, jika yang dilontarkan lebih besar daripadanya atau lebih kecil adalah makruk tetapi lontaran itu sah. Batu itu hendaklah suci, jika yang dilontarkan bernajis adalah makruh tetapi sah, dari itu adalah sunat membasuhnya jika diragukan kebersihannya. Dan hendaklah mengambil batu untuk lontaran jamrah ‘Aqabah pada hari Nahar (10 Zulhijjah) dari Muzdalifah, iaitu sebanyak tujuh biji. Adapun untuk lontaran berikutnya (pada hari-hari Tasyriq) maka diambil dari Wdi Muhassar atau dari Mina, dan sunnah telah tercapai dengan mengambilnya daripada salah satu daripada keduanya. Dan adalah harus mengambilnya dari mana-mana tempat (selain daripada tempat yang disunatkan itu), tetapi makruh diambil dari tanah halal, lobang jamrah, masjid atau tempat najis, tetapi jika batu lontaran yang diambil dari mana-mana tempat ini, lontaran adalah sah dan memadai.” (H.106)

Disimpulkan bahawa mengutip batu di Muzdalifah adalah untuk lontaran Jamrah ‘Aqabah. Manakala selain di Muzdalifah adalah makruh, tetapi hukum makruh ini hanya jika dalam keadan tafarrugh (senang dan mudah). Dan adalah juga hasil sunat bagi lontaran hari-hari Tasyriq dikutip dari Wadi Muhassar atau Mina kecuali lobang Jamrah. Samada untuk lontaran hari Nahar atau hari-hari Tasyriq pula adalah makruh diambil dari lobang Jamrah dan luar tanah haram, tetapi lontaran tetap sah dan memadai.

I. Mengikut pendapat yang mu’tamad melontar ketiga-tiga Jamrah pada hari-hari Tasyriq yang bukan lontaran qadha sebelum gelincir matahari adalah ditegah.

Syeikh Muhammad Thahir bin Abdul Qadir al-Kurdi al-Makki dalam kitabnya Irsyad az-Zumar li Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah ‘ala Madzahab al-Imam asy-Syafi’e Rahimahullah Ta’ala ‘anhu berkata:

والمعتمد جواز تدارك الرمى قبل الزوال أو ليلا بخلاف تقديم رمى يوم على زواله فأنه ممتنع.

Ertinya: “Dan yang mu’tamad adalah harus melontar Jamrah sebelum tergelincir matahari atau malam hari bagi mengganti lontaran yang luput, berbeza dengan lontaran untuk hari berkenaan adalah ditegah mendahulukan melontar sebelum matahari tergelincir.” (H.102)

Jika diharuskan melontat sebelum matahari tergelincir pada hari-hari Tasyriq hanya untuk mengganti (mengqadha) lontaran yang luput pada hari itu atau hari-hari yang sebelumnya.

Untuk lebih jelas, sekiranya Jamrah ‘Aqabah tidak dilontar pada hari Nahar, ia boleh diganti dengan melontarnya pada bila-bila masa hari-hari Tasyriq termasuk sebelum matahari tergelincir,begitu juga jika katiga-tiga Jamrah pada hari pertama atau kedua hari Tasyriq tidak dilontar, lontaran boleh diganti pada bila-bila masa pada besok harinya termasuk sebelum matahari tergelincir pada hari-hari Tasyriq hanyalah untuk lontaran qadha dan ganti, dan kesemua lontaran ini adalah sah dan dianggap tunai, serta tidak dikenakan dam (Irsyad az-Zumar: 102)

Adapun amalan melontar Jamrah setelan matahari tergelincir di hari-hari Tasyriq yang selalu dilakukan oleh jemaah haji Negara Brunei Darusallam adalah amalan yang bersesuaian dengan sunnah dan amalan Nabi Shallallahu ‘laihi wasallam berdasarkan hadis Ibnu ;Abbas Radhiallahu ‘anhuma:

رمى رسول الله صلى الله عليه وسلم الجمار حين زالت الشمس

(راه أحمد وابن ماجه والترمذي)

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihu wasallam melontar jamrah-jamrah (jamrah Ula, Wustha dan ‘Aqabah) ketika gelincir matahari.”

(hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Dan hadis ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha:

ان النبي صلى الله عليه وسلم أقام بمكة حتى صلى الظهر ، ثم رجع إلى منى فأقام بها أيام التشريق الثلاث يرمى الجمرة الا ولى إذا زالت الشمس بسبع حصيات يكبر مع كل حصاة
(رواه أبو داود والبيهقي)

Maksudnya: “Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tinggal di makah sehingga Baginda sembahyang zuhur, kemudian Baginda kembali semula ke mina, lalu baginda tinggal di mina (di sepanjang) tiga hari Tasyriq (di mana) Baginda melontar jamrah Ula dengan tujuh biji anak-anak batu apabila tergelincir matahari. Setiap kali melontar Baginda bertakbir”
(hadis riwayat Abu Daud dan al- Baihaqi)

Negara asal : Brunei darussalam

Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
Penulis/Ulama : Author
Tarikh Diisu : 2003

Nota: FATWA MUFTI KERAJAAN BRUNEI 2003

Arafah 1431/2010

Petikan Teks Khutbah Arafah bagi tahun 1431H: 
حجاج بيت الله
Seruan Arafah 1431H kali ini sekali lagi bersuara. Suara yang sentiasa memenuhi jiwa-jiwa yang ingin pulang ke pangkuan Allah Ta'ala dengan seruan menambah ketaqwaan kepadaNya. Hanya taqwa sahajalah merupakan nilaian yang diperakui di sisi Rabb al-Jalil.
Pesanan Luqman al-Hakim kepada anakndanya wajar dijadikan perhatian buat semua dengan katanya: 'Wahai anakku yang dikasihi. Janganlah sekali-kali kamu menanggalkan pakaian taqwa dari tubuhmu. Sekiranya itu berlaku, maka seolah-olah tiada seurat benang pun yang menutupi tubuhmu.'
Justeru, permukiman kita dalam perkhemahan tarbawiyyah dan ibadah teragung warisan Nabi Ibrahim a.s dan Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w ini wajib dijadikan peluang yang digunakan sebaik-baiknya untuk menjana iman dan taqwa. 
معاشر الحجاج ضيوف الرحمن رحمكم الله
Ibadah Haji menyaksikan perhimpunan agung manusia dari seluruh pelusuk dunia. Perhimpunan yang mempunyai satu arah dan tujuan. Perhimpunan yang menyaksikan perbezaan darjat yang selama ini dibanggakan manusia, warna kulit yang suka dibeza-beza dan kedudukan serta pangkat yang sentiasa dibanding-banding dan dipuja semuanya menjadi sama, serupa dan tiada berbeza. Kebersamaan inilah yang lahir atas kepatuhan dan ketundukan kepada Yang Maha Esa menjadikan manusia terhimpun menjadi satu. Satu aqidah, satu iman. Satu qiblat dan satu tujuan, Haji yang mabrur menjadi idaman. Menjadi satu umat kepada Nabi Akhir Zaman. Berpegang teguh dengan satu kitab al-Quran. Beramal kukuh dengan sunnah Nabi Junjungan, sehingga mampu menjadi pegangan yang berkekalan untuk dipersembahkan dihadapan al-Rahman pada perhimpunan Mahsyar yang agung kelak.
Sudah jelas lagi nyata kepada kita bahawasanya ajaran Islam adalah sesuatu yang memberi jaminan keselamatan di dunia dan akhirat. Sebaliknya lebih jelas dan nyata lagi bahawasanya ajaran-ajaran, idealism-idealism dan semua yang selain dari agama Islam akan menempah akibat yang buruk bermula dari dunia lagi sebelum akibat yang lebih buruk dan tercela di akhirat sana. Kenyataan dan hakikat inilah mewajibkan diri kita bertambah yakin dengan Islam. Agama yang memacu kebenaran dan keadilan. Agama penyelamat manusia dari kemurkaan Tuhan.
Firman Allah Ta'ala dalam surah Ali I'mran ayat 85 :
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰامِ دِينًۭا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلآخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِين
Maksudnya : "Barangsiapa yang berpegang kepada (ajaran) selain dari Islam (dalam agama dan cara hidup) maka dia tidak akan diterima dan di akhirat nanti akan termasuk di kalangan orang-orang yang rugi."
معاشر الحجاج ضيوف بيت الله رحمكم الله
Dalam kesempatan rehlah imaniyyah (kembara keimanan) yang berkampung di perkampungan maghfirah (keampunan) di Bumi Arafah ini pada saat yang sangat mulia lagi mustajab. Saya ingin mengajak diri saya dan khalayak para jemaah sekelian untuk mendengar wasiat terakhir Bumi Arafah, Khutbah al-Wada' Baginda saw. yang dibacakan di Wadi Uranah di hadapan hampir 124 ribu hingga 144 ribu jiwa manusia pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun kesepuluh Hijrah.
Khutbah ini seringkali diulang-ulang pesanannya oleh Rabiah bin Umayyah bin Khalaf dengan penuh bersemangat di bumi Arafah. Dengarlah wahai para Hujjaj sekelian, bingkisan dari Khutbah terakhir ini. Dengarlah dengan iman yang memenuhi setiap pelusuk nurani. Dengarlah agar terjelas olehmu akan maksudnya dan pengajaran darinya. Dengarlah dan hayatilah agar meresap dalam jiwamu yang murni. Dengarlah kini dan murnikan dengan hakikat dan perlaksanaannya bermula di sini dan hendaknya berkekalan setelah pulang dari Kembara Haji ini nanti.
Daripada Jabir bin Abdullah r.a sebagaimana yang termaktub dalam hadith riwayat Imam Muslim no 2137. Bahawasanya Nabi s.a.w bersabda :
1) "Wahai manusia sila dengar apa yang bakal aku perkatakan ini. Aku tidak tahu apakah akan dapat lagi aku bersamamu semua lagi selepas ini, di tempat ini, selepas tahun ini selamanya.
إِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ حَرَامٌ عَلَيْكُمْ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا
2) Sesungguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan dirimu telah terpelihara (diharamkan untuk sesiapa pun mengkhianatinya) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan di Bandar ini (Makkah dan sekitarnya).
أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ تَحْتَ قَدَمَيَّ مَوْضُوعٌ وَدِمَاءُ الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوعَةٌ وَإِنَّ أَوَّلَ دَمٍ أَضَعُ مِنْ دِمَائِنَا دَمُ ابْنِ رَبِيعَةَ بْنِ الْحَارِثِ كَانَ مُسْتَرْضِعًا فِي بَنِي سَعْدٍ فَقَتَلَتْهُ هُذَيْلٌ
3) Sesiapa yang memegang amanah maka hendaklah dikembalikan amanah tersebut kepada tuannya. Ingatlah segala amalan jahiliyyah telah berada di bawah tapak kakiku (telah dihapuskan)Tuntutan hutang darah pada zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah yang pertama telahku batalkan ialah darah Ibn Rabi'ah bin al-Haris yang disusukan oleh Bani Sa'ad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.
Ketiga-tiga pesanan ini Nabi s.a.w persiapkan untuk para pemimpin dan pemegang amanah khasnya. Kepada para pimpinan tak kira samada di peringkat tertinggi, pimpinan mahupun ketua di pejabat atau syarikat, pemimpin dalam kelompok masyarakat atau pemimpin dalam institusi keluarga. Anda adalah tunjang kepada mereka yang dipimpin. Ini adalah kerana kebaikan dan keperibadian mereka yang di bawah jagaan kita punya keterikatan dengan tindak tanduk kita.
Telah dikatakan dalam sebuah khabar / athar : الناس على دين ملوكهم
"Manusia adalah berdasarkan agama (cara hidup) pemimpinnya".
Kata-kata ini telah dihuraikan oleh Dr Salman Audah: الناس على دين إعلامهم "Manusia mengikut aliran iklam (media massa) mereka".
Justeru, pimpinlah manusia dengan aturan dan panduan dari Allah Azza wa Jalla. Ingatlah kebenaran harus diutamakan walaupun berkaitan darah daging sendiri. Lihatlah betapa luhurnya Nabi s.a.w dalam menghapuskan sesuatu yang besar walaupun berkaitan dengan keluarganya sendiri. Keperibadian inilah yang diikuti dan diteladani oleh para khulafa' zaman kegemilangan Islam yang melayakkan mereka memperoleh kemenangan dan bantuan Tuhan.
Begitu jualah dengan segala amalan-amalan yang bersifat jahiliyyah samada datang dalam bentuk perbuatan, perhiasan, pakaian dan apa jua bentuk amalan dan tradisi. Janganlah kita cemari pahala dan keampunan yang telah diperolehi dalam Haji ini terutama di Hari Arafah ini dengan kembali kepada kejahilan. Kepada para muslimat. Anda lihatlah wajah anda kini, aurat yang anda tutup pada hari ini kerana Allah. Maka inilah juga yang sewajarnya kekal selepas menunaikan ibadah Haji dihias pula dengan akhlak yang bersemi dengan bunga-bunga al-Haya' (sifat malu dan tertib) serta keperibadian unggul ciri-ciri wanita muslim.
Begitu juga dengan sifat dendam yang mungkin tersemat dalam hati yang tidak berkesudahan. Siramilah ia dengan air mata keinsafan agar ia terus padam dan digantikan dengan kemaafan dan kemanisan ukhuwwah. Firman Allah Ta'ala dalam surah Fussilat ayat ke 34 :
ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
Ertinya : "Bertoleransilah dengan yang lebih baik. Maka segala (permusuhan atau dendam) yang berlaku antara kamu dengan satu pihak yang lain akan menjadi seolah-olah teman yang paling rapat."
معاشر الحجاج ضيوف بيت الله رحمكم الله
Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w meneruskan lagi khutbahnya dengan sabdanya :
وَرِبَا الْجَاهِلِيَّةِ مَوْضُوعٌ وَأَوَّلُ رِبًا أَضَعُ رِبَانَا رِبَا عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَإِنَّهُ مَوْضُوعٌ كُلُّهُ
4) Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang diterima oleh Abbas bin Abdul Mutallib. Sesungguhnya ia dihapuskan semuanya secara keseluruhannya.
Perhatikan sejenak kenyataan Rasulullah s.a.w ini. Ingatilah bahawasanya Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 278-279 :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَذَرُوا۟ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓا۟ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
فإن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ فَأْذَنُوا۟ بِحَرْبٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَٰلِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُون
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah segala bentuk-bentuk riba jika benar kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak melakukannya sesungguhnya kamu telah mengisytiharkan peperangan dengan Allah dan RasulNya. Jika kamu bertaubat, maka ambillah modalnya (pokok harta tersebut) dan kamu tidak menzalimi dan dizalimi."
Oleh itu, perhatikanlah harta benda kita dan sumber rezeki kita. Periksa semua jenis harta, simpanan, pelaburan, saham, perniagaan, hartanah dan seumpamanya. Pastikan semuanya bebas dari riba. Jika masih belum, setelah pulang nanti pastikan semuanya ditukar dan diuruskan sesuai dengan kehendak syariat. Sistem kewangan dan perbankan Islam sentiasa menanti untuk memberi khidmat yang terbaik dan pastinya patuh syariah demi kesejahteraan dunia dan akhirat. Bertaubatlah! Jangan biarkan harta benda kita terus-terusan dijadikan alatan untuk kita berperang dengan Allah Ta'ala dan Rasulnya kerana masih terikat dengan riba dan sistemnya.
Nabi s.a.w berpesan dengan khutbahnya lagi :
فَاتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ وَلَكُمْ عَلَيْهِنَّ أَنْ لَا يُوطِئْنَ فُرُشَكُمْ أَحَدًا تَكْرَهُونَهُ
فَإِن فَعَلْنَ ذَلِكَ فَاضْرِبُوهُنَّ ضَرْبًا غَيْرَ مُبَرِّحٍ وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
5) Wahai manusia! Takutilah Allah s.w.t dalam urusan berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah s.w.t dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka, tapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadap kamu, maka wajib bagi kamu menjaga makan dan pakai mereka dengan baik.
Semua orang muslim adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran dari tuannya.
Kepada pemimpin keluarga, hargailah keluargamu yang dikasihi. Kepada para suami, jangan lupakan yang anda punya isteri dan juga mungkin sudah punya zuriat yang perlu dijaga dengan amanah Allah. Rawatilah penyakit bersosial tanpa prinsip dengan ubat iman dan kejujuran serta rawatan keinsafan dengan mengingatkan yang anda sebenarnya telah berjanji untuk menjaga hati mereka dengan akad di atas nama Tuhan. Jika benar anda ingin menambah tanggungjawab, silakanlah untuk menyatakan hasrat anda secara terbuka dan selepas itu nilaikan dengan jujur apakah anda mampu melakukannya. Ia bukan sekadar diukur berdasarkan kemampuan nafsu tetapi ukuran kemampuan menanggung amanah Allah dengan tarbiah dan bimbingan.
Kepada para isteri juga perlu ingat dan waspada. Syaitan sentiasa menggoda untuk manusia menghancurkan ikatan suci yang terbina atas janji kepada Ilahi. Jagalah kehormatan anda dan akhlak anda yang sudah bergelar isteri. Jangan terperangkap dalam masa ilusi sewaktu anda masih bergelar 'bunga yang belum disunting' dan hiduplah dengan masa realiti yang perlu ditangani dengan kebijakan emosi dan akhlak murni dihiasi iman yang tinggi seorang serikandi muslimah. Anda adalah wirawati keluarga mithali. Tidak dilupakan khasnya buat mereka yang masih menunggu masa untuk berumahtangga. Jagalah akhlak dan peribadi, awasi tingkah dan gerak langkah. Ingat, wanita juga adalah salah satu dari panahan iblis. Janganlah anda menjadi penambah bilangan kepada jumlahnya, samada menerusi laman-laman sosial seperti facebook dsb.
Kepada semua yang cintakan kekayaan dan harta. Awasi agar harta anda bersih dari memakan yang bukan haknya dalam semua aspek.
Nabi s.a.w bersabda lagi :
وَقَدْ تَرَكْتُ فِيكُمْ مَا لَنْ تَضِلُّوا بَعْدَهُ إِنْ اعْتَصَمْتُمْ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وسنتي
6) Janganlah kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku dengan sebahagian dari kamu memerangi sebahgaian yang lain. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu panduan, jika kamu berpegang kepadanya dan ajarannya maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah kitab Allah dan sunnah NabiNya.
7) Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar aku menyembah Allah s.w.t tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengeluarkan zakat hartamu dengan penuh kerelaan. Kerjakanlah jua haji ke Rumah Suci Tuhanmu (ka'abah) dan dengan itu kamu bakal menghuni syurga Tuhanmu.
8)Tuhan kamu adalah Esa. Datuk kamu pula satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam berasal daripada tanah. Orang yang terbaik di kalangan kamu adalah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah s.w.t. Tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atau bangsa lain kecuali dengan taqwa.
9) Allah s.w.t telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada ahli waris penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan anaknya yang sebenar, juga akan menerima laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.
Tiada panduan yang sehebat al-Quran dan al-Sunnah yang mampu menyelamatkan manusia dari kesesatan dan mara bahaya. Seruan melaksanakan solat, tuntutan berzakat kepada yang berhak agar yang tertunai diterima dan yang tinggal dipelihara. Tunaikan Haji dengan niat yang tulus suci mengharap redha Ilahi. Kepada pewaris harta, pemiliknya dan pencarinya. Dahulukanlah hak Allah dalam setiap yang diperolehi. Jauhilah segala bentuk riba dan bentuknya yang sentiasa memperdayakan. Ingatlah, bukan banyak yang dicari, tetapi barakah yang diperolehi itulah matlamat hakiki.
Nabi s.a.w mengakhiri khutbahnya dengan berkata :
Kemudian kamu semua bakal ditanya tentang diriku, maka apakah yang bakal kamu perkatakan? Kami menjawab : "Kami bersaksi bahawasanya tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu."
Lantas Baginda s.a.w mengangkat tangannya ke langit seraya menurunkannya ke arah orang ramai lalu berkata sebanyak tiga kali : "Ya Allah! Saksikanlah."
معاشر الحجاج ضيوف الرحمن رحمكم الله
Wahai hati-hati yang punya iman! Berlarilah kepada memeluk keampunan dari Tuhan. Jangan biarkan waktu mustajab doa di Arafah ini berlalu pergi tanpa dimanfaati. Mengadulah, pohonlah dan munajatlah kepada Allah semahu-mahunya dan alirkanlah air mata keinsafan yang datang dari taubat yang tulus dari hati yang mahu kembali kepada fitrahnya umpama anak yang baru dilahirkan oleh ibunya.
Firman Allah swt dalam Surah Aali 'Imran:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133) الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (134) وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (135) أُولَئِكَ جَزَاؤُهُمْ مَغْفِرَةٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الأنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ (136
Oleh: Abu Fatih Al-Mubaraki.

Doa waktu pagi dan petang

Tuesday, April 26, 2011

Gerak Jari

Apakah ini pilihan Kita...AllahuKhabar

MalaysiaKini : ISLAM l CAIRO - A MAJORITY of Egyptians believe laws in their country should observe the teachings of Islam's holy book, the Quran, according to the results of an opinion poll by a US-based research center.

The results also show that Egyptians, who have shifted toward religious conservatism over the past 40 or so years, are open to the inclusion of religious parties in future governments. Only a minority, however, sympathise with fundamentalist religious parties, according to the results.


Overall, the results of the poll paint a picture of Egyptians as a people who prefer religious moderation over extremism and prize democratic values even if they come at the risk of some political instability.

The poll results were released on Monday and come five months ahead of legislative elections, the first since the February ouster of longtime authoritarian leader Hosni Mubarak.

Islamic parties are expected to make a significant showing in the crucial vote, with 50 per cent of people saying it was 'very important' for religious parties to be part of a future government and as much 37 per cent have a 'very favourable' view of the Muslim Brotherhood, the country's largest and best organised Islamic group.

Another 62 per cent of Egyptians believe laws in their country should strictly follow the teachings of the Quran, though 27 per cent thought it was enough that the laws reflect Islam's general values and principles. -- AP

Imam sheikh Abd Rahman Al Saudais di Kuala Lumpur(video lihat di http://dahlah.blogspot.com/

Sheikh ada baca Bismillah..wirid.. ikut kebisaan orang Malaysia..Namanya Adab menghormati pegangan orang setempat.

Sunday, April 17, 2011

Usia 4 tahun berat 62kg...



http://azhargd.blogspot.com



 
This kid's name is Lu Hao, he's only 4 years old, weighs 62 kilograms with an increase in 110 centimeters.
Lu Hao was very quick to gain weight when he was three months and continues to this day.
Doctors can not find this reason.
Толстый мальчик (8 фото)



Толстый мальчик (8 фото)



Толстый мальчик (8 фото)



Толстый мальчик (8 фото)



Толстый мальчик (8 фото)



Толстый мальчик (8 фото)



Толстый мальчик (8 фото)



Толстый мальчик (8 фото)

__._,_.___

Friday, April 1, 2011

^ persoalan Imam Al Ghazali

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam beliau bertanya beberapa hal. Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?. "

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (QS. Ali Imran 185)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar, ujarnya, adalah "MASA LALU."

Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (QS. Al- a'araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (QS. Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali. Namun menurut beliau yang paling ringan di dunia ini adalah 'meninggalkan SHALAT'. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan shalat, gara-gara meeting kita juga tinggalkan shalat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali. Tapi yang paling tajam adalah "lidah MANUSIA". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wednesday, March 30, 2011

Futuuhul Ghaib-Karya Syeikh Abd. Qadir Jailani-3

Apabila seorang hamba Allah mengalami kesulitan hidup, maka pertama-tama ia cuba mengatasinya dengan upayanya sendiri. Bila gagal ia mencari pertolongan kepada sesamanya, khususnya kepada raja, penguasa, hartawan; atau bila dia sakit, kepada doktor. Bila hal ini pun gagal, maka ia berpaling kepada Khaliqnya, Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan berdo'a kepada-Nya dengan kerendah-hatian dan pujian. Bila ia mampu mengatasinya sendiri, maka ia takkan berpaling kepada sesamanya, demikian pula bila ia berhasil kerana sesamanya, maka ia takkan berpaling kepada sang Khaliq.

Kemudian bila tak juga memperolehi pertolongan dari Allah, maka dipasrahkannya dirinya kepada Allah, dan terus demikian, mengemis, berdo'a merendah diri, memuji, memohon dengan harap-harap cemas. Namun, Allah Yang Maha Besar dan Maha Kuasa membiarkan ia letih dalam berdo'a dan tak mengabulkannya, hingga ia sedemikian terkecewa terhadap segala sarana duniawi. Maka kehendak-Nya mewujud melaluinya, dan hamba Allah ini berlalu dari segala sarana duniawi, segala aktiviti dan upaya duniawi, dan bertumpu pada rohaninya.

Pada peringkat ini, tiada terlihat olehnya, selain kehendak Allah Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa, dan sampailah dia tentang Keesaan Allah, pada peringkat haqqul yaqin (* tingkat keyakinan tertinggi yang diperolehi setelah menyaksikan dengan mata kepala dan mata hati). Bahawa pada hakikatnya, tiada yang melakukan segala sesuatu kecuali Allah; tak ada penggerak tak pula penghenti, selain Dia; tak ada kebaikan, kejahatan, tak pula kerugian dan keuntungan, tiada faedah, tiada memberi tiada pula menahan, tiada awal, tiada akhir, tak ada kehidupan dan kematian, tiada kemuliaan dan kehinaan, tak ada kelimpahan dan kemiskinan, kecuali kerana ALLAH.

Maka di hadapan Allah, ia bagai bayi di tangan perawat, bagai mayat dimandikan, dan bagai bola di tongkat pemain polo, berputar dan bergulir dari keadaan ke keadaan, dan ia merasa tak berdaya. Dengan demikian, ia lepas dari dirinya sendiri, dan melebur dalam kehendak Allah. Maka tak dilihatnya kecuali Tuhannya dan kehendak-Nya, tak didengar dan tak dipahaminya, kecuali Ia. Jika melihat sesuatu, maka sesuatu itu adalah kehendak-Nya; bila ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka ia mendengar firman-Nya, dan mengetahui lewat ilmu-Nya. Maka terkurniailah dia dengan kurnia-Nya, dan beruntung lewat kedekatan dengan-Nya, dan melalui kedekatan ini, ia menjadi mulia, redha, bahagia, dan puas dengan janji-Nya, dan bertumpu pada firman-Nya. Ia merasa enggan dan menolak segala selain Allah, ia rindu dan senantiasa mengingati-Nya; makin mantaplah keyakinannya pada-Nya, Yang Maha Besar lagi Maha Kuasa. Ia bertumpu pada-Nya, memperolehi petunjuk dari-Nya, berbusana nur ilmu-Nya, dan termuliakan oleh ilmu-Nya. Yang didengar dan diingatnya adalah dari-Nya. Maka segala syukur, puji, dan sembah tertuju kepada-Nya.

Thursday, March 24, 2011

Bulan terbelah dua



http://Dahlah.blogspot.com
http://kedahan.blogspot.com

Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop yang mendapati terdapat garisan rekahan yang terdapat pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Ini membuktikan mukjizat yang telah berlaku kepada Rasululah SAW seperti yang tercatat dalam al-Quran, Ayat 1-2 Surah -Qamar adalah BENAR.


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah)
melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
ayat 1-2 Surah al-Qamar





عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِقَّتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا

Dari Abdullah bin Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW bersabda, saksikanlah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ فِرْقَةً فَوْقَ الْجَبَلِ وَفِرْقَةً دُونَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا

Dari Ibnu Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW, sebahagiannya di atas gunung dan sebahagiannya di tempat lain, lalu Rasulullah SAW bersabda, perhatikanlah. Hadis riwayat Bukhari.

عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah SAW. Hadis riwayat Ahmad.

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ

Dari Muhammad bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. Hadis riwayat Tarmizi.

Terdapat byk kitab yang menceritakan kisah bulan terbelah dua selain drp Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Di antaranya ialah ;

1 المستدرك على الصحيحين للحاكم
2 السنن الكبرى للنسـائي
3 فتح البارى لابن حجر
4 صحيح ابن حبان
5 المعجم الكبيرللطبراني
6 تحفة الأحواذي
6 البداية والنهاية
7 الديباج على مسلم
8 دلائل النبوة للبيهقي
9 عيون الأثر
10 تاريخ الإسلام للذهبي
11 سبل الهدى والرشاد
12 السيرة النبوية لابن كثير

Abu Nu'aim dalam kitabnya, Tanda-tanda Kenabian (دلائل النبوة ), telah menceritakan bahawa kaum musyrikin telah berjumpa dgn Rasulullah SAW, di antara mereka ialah al-Walid bin Mughairah, Abu Jahal bin Hisyam, Al-As bin Wail, Al-Aswad bin Muthalib, an-Nadhru bin al-Harith. Tujuan kedatangan mereka ialah untuk menguji kenabian Rasulullah SAW. Mereka berkata kepada Rasulullah SAW, ""Jika kamu seorang yang benar ( seorg nabi yng diutuskan oleh Allah) belahkan bulan kepada dua bahgian" Lalu Rasulullah SAW berdoa kepada Allah, dan doa beliau telah dimakbulkan, maka bulanpun terbelah dua. Lalu Rasulullah SAW bersabda , saksikanlah iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat dan risalah kenabian Rasulullah SAW.


Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. ayat 1-2 Surah al-Qamar

Menurut Imam at-Thabari dalam tafsirnya, ketika menafsirkan ayat 1 - 2 surah al-Qamar di atas, menjelaskan bahawa peristiwa terbelahnya bulan telah terjadi ketika zaman Rasulullah SAW ketika beliau masih berada di Makkah iaitu sebelum peristiwa hijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut berlaku ketika musyrikin Makkah meminta bukti kenabian baginda, maka Rasulullah SAW telah mendatangkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sebagai tanda dan hujjah betapa benarnya bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah. Malangnya, apabila dibentangkan kepada mereka bukti dan tanda yang jelas, mereka tetap berpaling, menolaknya serta tidak mempercayainya... Malah dikatakan pula, ini semua adalah sihir semata-mata, Muhammad telah meyihir mereka !!!

Seterusnya Abu Nu'aim (دلائل النبوة ) menjelaskan bahawa kafir Makkah mengatakan semua ini adalah sihir semata-mata dan mereka mencadangkan supaya ditanya kepada kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Makkah, adakah mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah. Jika sekiranya mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah, maka Muhammad di pihak yang benar (bukan sihir). Apabila kafilah tersebut sampai di Makkah, mereka berkata bahawa kesemua mereka nampak bulan telah terbelah dua. Jelaslah, memang bulan telah terbelah dua... bukannya sihir Muhamad, tambahan pula, Muhammad takkan mampu menyihir seluruh pandangan manusia (di Makkah dan luar Makkah).

Penyakit akibat kelucahan dan maksiat

http://dahlah.blogspot.com
http://kedahan.blogspot.com


Bakteria Aerosol

sel darah Putih

Gambarajah 5

Profesor T.V.N. Persaud: “Saya tiada masalah untuk menerima hakikat bahawa ini ialah satu ilham dari Tuhan atau wahyu yang membuatkan dia (baginda sallallahu’alaihiwasallam- pent) menyatakan sesuatu.

Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persuad, Profesor Kajian Tubuh-manusia, Profesor Kesihatan Kanak-kanak, dan Profesor bahagian ‘Obstetrics, Gynecology, and Reproductive Science’ (Kajian sakit-puan dan sains pembiakan) di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di institusi itu beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia sejak 16 tahun yang lalu. Profesor Keith Moore yang telah memperkenalkannya kepada kami kerana dia percaya ada ahli-ahli sains yang berfikiran terbuka dan sedang mencari kebenaran. Profesor Persaud ialah salah seorang dari mereka. Beliau amat terkenal di bidangnya dan sudah menulis atau menyunting 22 buah buku teks dan telah menulis lebih daripada 181 penulisan saintifik. Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah ‘J.C.B. Award’ daripada Persatuan Pengkaji Tubuh-manusia (‘Anatomist’) Kanada. Di dalam buku-bukunya, beliau telah memasukkan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadis yang beliau telah bincangkan di beberapa persidangan. Berikut ialah salah satu daripada Hadis yang dikaji beliau:



“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang. Kemudian malaikat akan bertanya, “Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” [Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar].

Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari (Tidak ditunjukkan- peng), yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya menunjukkan janin yang sama ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita tidak dapat camkan bentuk manusia. Kita boleh lihat gambarajah ini, diambil dengan menggunakan CIBA, menunjukkan janin di hari ke-42 (Lihat gambarajah 5.1). Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (Lihat gambarajah 5.2). Hadis Nabi s.a.w. berbunyi (maksudnya):

“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan tulang....”





Embrio Manusia pada minggu yang ke 7

Gambarajah 5.1



Peringkat-peringkat perkembangan wajah manusia (dalam hari)

Gambarajah 5.2

Dr. Persaud telah memberikan banyak ceramah mengenai kaitan di antara Al-Qur’an dan Hadis dengan sains moden. Berikut ialah satu lagi Hadis yang telah dikaji oleh Profesor Persaud dan beliau telah menjadikannya sebagai satu daripada bahan ceramahnya:

“Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” [Ibn. Maajah, Al-Hakim]

Mari kita dengar huraian Profesor Persaud mengenai Hadis ini:

“Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam ‘uterus cervix’ (rahim) berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan kelamin, dan bilangan pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit telah menunjukkan hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan berlakunya masalah penyakit rahim ‘cervical carcinoma’. Akibat dan bahaya hubungan seks rambang dan hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di dalam Hadis ini sejak 1400 tahun dahulu. Perkataan amalan lucah ini mencakupi perzinaan, hubungan seks rambang, dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan lain-lain hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan AIDS ialah contoh-contoh penyakit-penyakit baru yang tiada penawarnya.

Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh Hadis tersebut kerana hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah berkembang dan menjadi satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat. Hanya beberapa tahun selepas revolusi seksual penyakit-peyakit yang dinyatakan Profesor Persaud merebak dan sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk dewasa ini. Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS (Lihat gambarajah 5.31) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit yang tidak ujud sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang risau kalau-kalau mereka telah dijangkiti virusnya.





Pengimbas Elektron Mikrograf (SEM) pada suatu permukaan T-Lymphocyte (merah muda) dijangkiti dengan kuman HIV

Gambarajah 5.31

Kepada Profesor Persaud, kami mengucapkan terimakasih diatas usaha beliau. Apabila kami bertanya pendapat beliau mengenai satu fenomena yang beliau sendiri amat arif mengenainya dan pernah mengkajinya, beliau berkata:


Bagi saya, Muhammad s.a.w. ialah seorang manusia biasa. Baginda s.a.w. tidak boleh membaca mahupun menulis. Malahan beliau seorang yang buta-huruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun yang lalu, dan terdapat seorang manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan (sabda-pent) sesuatu yang amat bertepatan dengan sains. Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan, kerana terlalu banyak perkara yang tepat, dan seperti Dr. Moore, tidak sukar untuk saya menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan ataupun suatu wahyu yang membuatkan baginda s.a.w. (sabda-pent) sedemikian.

Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah subhanahuwataala turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Allah subhanahuwata’ala berfirman yang bermaksud:

“(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Qur’an yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Qur’an ini)” [Maksud Al-Qur’an Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166].

Kitab ini, Al-Qur’an, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu Kebenaran yang terbukti dan akan kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat.



Monday, March 21, 2011

Sifat suka melihat keburukan oang

Sikap berprasangka buruk dan mencari-cari kesalahan orang lain



Firman Allah: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيراً مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُو ا }

“Hai orang-orang yang beriman jauhilah banyak prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain”.

Dalam ayat yang mulia ini perintah untuk menjauhi kebanyakan dari berprasangka, kerana sebahagiannya adalah dosa, dan larangan dari mencari-cari kesalahan orang lain, iaitu mencungkil-cungkil tentang keburukan orang lain, hal itu terjadi adalah akibat dari berburuk sangka.

Rasulullah S.a.w bersabda:

((إِيَّاكُمْ وَالظَنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابَرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً)).

“Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, kerana sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang keburukan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara” (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563).

Berkata Amirul Mukminiin Umar bin Khatab: “Janganlah kamu menyangka terhadap sebuah perkataan yang keluar dari mulut saudaramu yang beriman kecuali terhadap hal yang baik, sa’at engkau dapat untuk membawanya ke arah yang baik”. (disebutkan oleh Ibnu Katsir dalam mentafsirkan surat Al Hujurat).

Berkata Bakar bin Abdullah Al Muzany, sebagaimana yang terdapat dalam biografinya dalam kitab “Attahzibut Tahziib”: Hati-hatilah kamu terhadap perkataan sekali pun kamu benar dalamnya kamu tidak diberi pahala, dan jika kamu tersalah kamu memikul dosa, iaitu berburuk sangka terhadap saudaramu”.

Berkata Abu Qilabah Abdullah bin Zaid Al Jurmy sebagaimana dalam kitab “Al Hilyah” karangan Abu Nu’aim (2/285): “Bila sampai kepadamu sesuatu yang kamu benci dari saudaramu, maka berusahalah untuk mencarikan alasan untuknya, jika kamu tidak menemukan alasan untuknya, maka katakanlah dalam hatimu: mungkin saja saudaraku punya alasan yang aku tidak mengetahuinya”.

Berkata Sufyan bin Husain: “Aku menyebut keburukan seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyah, maka ia menatap muka ku, dan berkata: apakah engkau ikut berperang melawan Romawi?, aku jawab: tidak, ia bertanya lagi melawan Sanad, India, dan Turki, aku jawab: tidak, ia berkata lagi: apakah merasa aman darimu Romawi, Sanad, India dan Turki, namun saudaramu sesama muslim tidak merasa aman darimu, berkata Sufyan bin Husain: aku tidak mengulanginya lagi sesudah itu”. (lihat Al Bidayah wan Nihayah karangan Ibnu Katsir (13/121).

Alangkah bagusnya jawaban dari Iyas bin Mu’awiyah tersebut yang sangat terkenal dengan kecerdasannya, jawapan di atas adalah salah satu bukti dari kecerdasannya.

Berkata Abu Hatim bin Hibban Al Busty dalam kitabnya Raudhatul ‘Uqola’, halaman (131) : “Keharusan bagi orang yang punya akal untuk tetap berada dalam keadaan selamat dari mencari-cari tentang keburukan (‘aib) orang lain, hendaklah ia sibuk memperbaiki keburukan dirinya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukannya sendiri dari pada mencari keburukan orang lain, badannya akan tenteram dan jiwanya akan tenang, maka setiap ia melihat keburukan dirinya, maka akan semakin hina di hadapannya apabila ia melihat keburukan tersebut pada saudaranya, sesungguhnya orang yang sibuk dengan keburukan orang lain dari memperhatikan keburukan dirinya, hatinya akan buta, badannya akan letih, dan akan sulit baginya untuk meninggalkan keburukan dirinya sendiri”.

Ia (Ibnu Hibban berkata lagi) masih dalam kitab tersebut, halaman (133): “Mencari-cari keburukan orang lain adalah salah satu cabang dari sifat kemunafikan, sebagaimana berbaik sangka adalah salah satu dari cabang keimanan, orang berakal sihat selalu berbaik sangka dengan saudaranya, dan menyendiri dengan kesusahan dan kesedihannya, orang yang jahil (tolol) selalu berburuk sangka dengan saudaranya, dan tidak mahu berfikir tentang kesalahan dan penderitaannya

Saturday, March 19, 2011

Futuuhul Ghaib-Karya Syeikh Abd. Qadir Jailani





Tiga hal mutlak bagi seorang Mukmin, dalam segala keadaan, iaitu:

(1) harus menjaga perintah-perintah Allah,

(2) harus menghindar dari segala yang haram,

(3) harus redha dengan takdir Yang Maha Kuasa. Jadi seorang Mukmin, paling tidak, memiliki tiga hal ini. Bererti, ia harus memutuskan untuk ini, dan berbicara dengan diri sendiri tentang hal ini serta mengikat organ-organ tubuhnya dengan ini.




Ikutilah (Sunnah Rasul) dengan penuh keimanan, jangan membuat bid'ah, patuhilah selalu kepada Allah dan Rasul-Nya, jangan melanggar; junjung tinggilah tauhid dan jangan menyekutukan Dia; sucikanlah Dia senantiasa dan jangan menisbahkan sesuatu keburukan pun kepada-Nya. Pertahankan Kebenaran-Nya dan jangan ragu sedikit pun. Bersabarlah selalu dan jangan menunjukkan ketidaksabaran. Beristiqomahlah; berharaplah kepada-Nya, jangan kesal, tetapi bersabarlah. Bekerjasamalah dalam ketaatan dan jangan berpecah-belah. Saling mencintailah dan jangan saling mendendam. Jauhilah kejahatan dan jangan ternoda olehnya. Percantiklah dirimu dengan ketaatan kepada Tuhanmu; jangan menjauh dari pintu-pintu Tuhanmu; jangan berpaling dari-Nya.

Segeralah bertaubat dan kembali kepada-Nya. Jangan merasa jemu dalam memohon ampunan kepada Khaliqmu, baik siang mahupun malam; (jika kamu berlaku begini) niscaya rahmat dinampakkan kepadamu, maka kamu bahagia, terjauhkan dari api neraka dan hidup bahagia di syurga, bertemu Allah, menikmati rahmat-Nya, bersama-sama bidadari di syurga dan tinggal di dalamnya untuk selamanya; mengendarai kuda-kuda putih, bersuka ria dengan hurhur bermata putih dan aneka aroma, dan melodi-melodi hamba-hamba sahaya wanita, dengan kurnia-kurnia lainnya; termuliakan bersama para nabi, para shiddiq, para syahid, dan para shaleh di syurga yang tinggi.

Thursday, March 10, 2011

Dajjal


Bab 01. ERTI DAJJAL DAN YA'JUJ WA-MA'JUJ

Dajjal disebutkan berulang-ulang dalam Hadits, sedangkan Ya'juj wa-Ma'juj bukan saja disebutkan dalam Hadits, melainkan pula dalam Al-Qur'an. Dan kemunculannya yang kedua kalinya ini dihubungkan dengan turunnya Al-Masih.
Kata Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya, menutupi (sesuatu). Kamus Lisanul-'Arab mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal. Menurut suatu pendapat, ia disebut Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutupi kebenaran dengan kepalsuan. Pendapat lainnya mengatakan, kerana ia menutupi bumi dengan bilangannya yang besar. Pendapat ketiga mengatakan, kerana ia menutupi manusia dengan kekafiran. Keempat, kerana ia tersebar dan menutupi seluruh muka bumi.
Pendapat lain mengatakan, bahawa Dajjal itu bangsa yang menyebarkan barang dagangannya ke seluruh dunia, ertinya, menutupi dunia dengan barang dagangannya. Ada juga pendapat yang mengatakan, bahawa ia dijuluki Dajjal kerana mengatakan hal-hal yang bertentangan dengan hatinya, ertinya, ia menutupi maksud yang sebenarnya dengan kata-kata palsu.
Kata Ya'juj dan Ma juj berasal dari kata ajja atau ajij dalam wazan Yaf'ul; kata ajij ertinya nyala api. Tetapi kata ajja bererti pula asra'a, maknanya berjalan cepat. Itulah makna yang tertera dalam kamus Lisanul-'Arab. Ya'juj wa-Ma'juj dapat pula diibaratkan sebagai api menyala dan air bergelombang, kerana hebatnya gerakan.





Barang siapa hafal sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir Surat Al
Bab 02. DAJJAL DAN YA'JUJ WA-MA'JUJ MENURUT AL-QUR'AN

Kata Dajjal tak tertera dalam Al-Qur'an, tetapi dalam Hadits sahih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal, jadi menurut Hadits ini, Al-Quran memberi isyarat siapakah Dajjal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam Kitab Hadits yang amat sahih sebagai berikut:
"Barang siapa hafal sepuluh ayat pertama Surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal."
"Barang siapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan selamat dari (fitnahnya) Dajjal."
Boleh jadi, dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, itu yang dituju ialah seluruh surat Al-Kahfi yang melukiskan ancaman Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan yang lain bersifat keduniaan. Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang dibicarakan dalam dua tempat itu adalah ummat Nasrani.
Mula-mula dihuraikan aspek keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada ummat Nasrani (ayat 4), iaitu ummat yang berkata bahawa Allah memungut anak laki-laki. Demikianlah bunyinya:
"Segala puji kepunyaan Allah Yang menurunkan Kitab kepada hamba-Nya ..., ... agar ia memberi peringatan tentang siksaan yang dahsyat dari Dia… dan ia memperingatkan orang-orang yang berkata bahawa Allah memungut anak laki-laki." (18:1-4).
Terang sekali bahawa yang dituju oleh ayat tersebut ialah ummat Nasrani, yang ajaran pokok agamanya ialah Tuhan mempunyai anak laki-laki. Dalam sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi dihuraikan seterang--terangnya, bahawa ummat Nasrani mencapai hasil gemilang di lapangan duniawi. Demikianlah bunyinya :
"Apakah orang-orang kafir mengira bahawa mereka dapat mengambil hamba-Ku sebagai pelindung selain Aku?… Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang." (18: 102-104).
Ini adalah gambaran tentang bangsa-bangsa Barat yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas. Membuat barang adalah keahlian dan kebanggaan ummat Nasrani, dan ciri-khas inilah yang dituju oleh ayat tersebut. Mereka berlomba-lomba membuat barang-barang, dan mereka begitu sibuk dalam urusan ini, sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai kehidupan yang tinggi, menjadi kabur sama sekali. Membuat barang--barang, sekali lagi membuat barang-barang, adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surat Al-Kahfi menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristian tentang Putera Allah, dan tentang kegiatan bangsa-bangsa Kristian di lapangan kebendaan, dan inilah yang dimaksud dengan fitnahnya Dajjal.
Ya'juj wa-Ma'juj dihuraikan dua kali dalam Al-Quran. Yang pertama dihuraikan dalam surah al-Kahfi, sehubungan dengan huraian tentang gambaran Dajjal. Menjelang berakhirnya surah al-Kahfi, dihuraikan tentang perjalanan Raja Dzul-Qarnain* ke berbagai jurusan untuk memperkuat tapal-batas kerajaannya.
Ternyata bahawa menurut sejarah, raja ini ialah raja Parsi yang bernama Darius I. Diterangkan dalam surah tersebut, bahawa perjalanan beliau yang pertama, berakhir di laut Hitam. "Sampai tatkala ia mencapai hujung yang paling Barat, ia menjumpai matahari terbenam dalam sumber yang berlumpur hitam." (18:86). Ternyata bahawa yang dimaksud sumber yang berlumpur hitam ialah Laut Hitam.
Selanjutnya dihuraikan dalam surah tersebut, kisah perjalanan beliau ke Timur "Sampai tatkala ia mencapai tempat terbitnya matahari, ia menjumpai matahari terbit di atas kaum yang tak Kami beri perlindungan dari (matahari) itu" (18:90). Selanjutnya dihuraikan tentang perjalanan beliau ke Utara. "Sampai tatkala ia mencapai (suatu tempat) di antara dua bukit" (18:93).
Yang dimaksud dua bukit ialah pergunungan Armenia dan Azerbaijan. Dalam perjalanan ke Utara ini, raja Dzul-Qarnain berjumpa dengan suatu kaum yang berlainan bahasanya, ertinya, mereka tak mengerti bahasa Parsi. Kaum ini mengajukan permohonan kepada raja Dzul-Qarnain sbb: "Wahai Dzul-Qarnain! Sesungguhnya Ya'juj wa-Ma'juj itu membuat kerosakan di bumi. Bolehkah kami membayar ufti kepada engkau, dengan syarat sukalah engkau membangun sebuah rintangan antara kami dan mereka" (18:94).
Selanjutnya Al-Qur'an menerangkan, bahawa raja Dzul-Qarnain benar-benar membangun sebuah tembok** dan sehubungan dengan itu, Al-Qur'an menyebut-nyebut besi dan tembaga sebagai bahan untuk membangun pintu gerbang:
"Berilah aku tompokan besi, sampai tatkala (besi) itu memenuhi ruangan di antara dua bukit, ia berkata: 'Bawalah ke mari cairan tembaga yang akan kutuangkan di atasnya' (18:96). Dalam ayat 97 diterangkan, bahawa tatkala tembok itu selesai, mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) tak dapat menaiki itu, dan tak dapat pula melubangi itu. Dalam ayat 98, raja Dzul-Qarnain menerangkan, bahawa bagaimanapun kuatnya, tembok ini hanya akan berfaedah sampai jangka waktu tertentu, dan akhirnya tembok ini akan runtuh. Lalu kita akan dihadapkan kepada peristiwa yang lain. "Dan pada hari itu, Kami akan membiarkan sebahagian mereka (Ya'juj wa-Ma'juj) bertempur melawan sebahagian yang lain" (18:99).
*[Kata Dzul-Qarnain makna aslinya "mempunyai dua tanduk", tetapi dapat bererti pula "orang yang memerintah dua generasi", atau, "orang yang memerintah dua kerajaan. Makna terakhir ini diberikan oleh musafir besar Ibnu Jarir. Dalam kitab perjanjian  lama, Kitab Nabi Daniel, terdapat huraian tentang impian nabi Daniel, di mana ia melihat seekor domba bertanduk dua. Impian itu ditafsirkan dalam al-Kitab dengan kata-kata sebagai berikut: "Adapun domba jantan, yang telah kau lihat dengan tanduk dua pucuk, iaitu raja Media dan Parsi, (Daniel 8:20). Di antara raja Media dan Parsi, yang paling sesuai dengan gambaran Al-Quran, ialah raja Darius I (521-485 sebelum Kristus).
Jewish Encyclopaedia menerangkan sbb : "Darius adalah negarawan yang ulung. Peperangan yang beliau lakukan hanyalah dimaksud untuk membulatkan tapal-batas kerajaannya, iaitu di Armenia, Kaukasus, India, sepanjang gurun Turania dan dataran tinggi Asia Tengah". Pendapat ini dikuatkan oleh Encyclopaedia Britannica sbb: "Tulisan yang diukir dalam batu menerangkan bahawa raja Darius adalah pemeluk agama Zaratustra yang setia. Tetapi beliau juga seorang negarawan yang besar. Pertempuran yang beliau lakukan, hanyalah untuk memperolehi tapal-batas alam yang kuat bagi kerajaannya, demikian pula untuk menaklukkan suku bangsa biadab di daerah perbatasan. Jadi, raja Darius menaklukkan bangsa biadab di pegunungan Pontic dan Atmenia,dan meluaskan kerajaan Parsia sampai Kaukasus"].
**[Rintangan atau tembok yang dihuraikan di sini ialah tembok yang termasyhur di Derbent (atau Darband) yang terletak di pantai Laut Caspean. Dalam kitab Marasidil - Ittila', kitab ilmu-bumi yang termasyur, terdapat uraian tentang hal itu. Demikian pula dalam kitabnya lbnu at-Faqih. Encyclopaedia Biblica menjelaskan tembok itu sbb :.Derbent atau Darband adalah sebuah kota kerajaan Parsi di Kaukasus, termasuk propinsi Daghistan, di pantai Barat laut Caspean…  Di ujung sebelah Selatan, terletak Tembok Kaukasus yang menjulang ke laut, yang panjangnnya 50 mil, yang disebut Tembok Alexander…Tembok ini seluruhnya mempunyai ketinggian 29 kaki, dan tebal ± 10 kaki; dan dengan pintu gerbangnya yang dibuat dari besi, dan berpuluh-puluh menara-pengintai, merupakan pertahanan tapal-batas kerajaan Parsi yang kuat].

Pages

Panduan haji